Suamiku Pemalu (Bab 6)

Oleh : Qistina Alya 
“Takpe ke ni? Baru sampai semalam hari ni dah nak kena drive balik..”, Alya kasihan melihat Irul yang masih kepenatan.

“Takpelah.. Lagipun esok dah kerja. Irul boleh rehat kat rumah petang ni. Jangan risau”. Alya hanya mengangguk. Berat hatinya mahu melepaskan Irul pulang ke KL. Seperti biasa Alya menyalami tangan Irul. Lama Irul mencium dahi Alya. Makin hari makin dalam rasa kasihnya pada Alya.

“Drive elok-elok. Dah sampai nanti beritahu ye”, pesan Alya. Jelas kerisauan terukir di wajahnya. Irul mengangguk dan melambai-lambai pada Alya.

“Dahla tu, Insyaallah Irul selamat sampai. Jom masuk”, ajak Izah.

*****

“Sunyinya rumah tanpa Isha”. Irul termenung. Sudah tiga minggu mereka tidak berjumpa. Sungguh Irul benar-benar terasa kosong. ‘Sabarlah hati, tak sampai setahun je lagi. Alya dah nak habis belajar pun… Kol Isha pun ok gak time-time nih’. Belum sempat Irul mendail tiba-tiba telefonnya berdering. “Si comelku! Panjang umur dia..”

“Assalamualaikum..”, kedengaran suara Isha memberi salam. Irul pelik mendengar suara Isha. Macam ada yang tak kena.

“Waalaikumussalam.. Err, Isha.. kenapa suara serak je ni?”

“Em, Isha demam lah..”

“Kenapa tak beritahu Irul awal-awal”

“Takpelah,, sikit je ni”

“Izah ada kat rumah tak tu?”

“Takde,, dia balik kampung”

Irul sudah mula risau. “Irul pergi sana esok. Isha makan ubat ye. Tidur cukup-cukup”.Alya hanya menurut. Kepalanya terasa berat. 

Irul menamatkan panggilan. Sungguh dia sangat rindu untuk menatap isterinya. Hari-hari mereka berhubung, namun rasa rindu pada Isha tak pernah berkurangan. Sudah banyak kali Isha mengajaknya untuk membuat ‘video call’ atau ‘webcam’ namun Irul menolak. Sifat malu belum sepenuhnya hilang dalam dirinya. ‘Tu lah, Isha ajak video call taknak,, bila la nak hilang rasa malu aku nih’,desis Irul. Dia mengambil beberapa helai pakaian dan memasukkannya ke dalam beg. Esok, selepas subuh dia akan segera bertolak ke Johor.

*****

“Asslamualaikum.. Isha”, tiada jawapan. ‘Tok tok tok’. Irul mengetuk pintu sambil melaungkan salam. Akhirnya Isha membuka pintu. Tersembul wajah pucat Isha di muka pintu. Irul meletakkan tangannya di dahi Isha. ‘Panasnya’. Belum sempat Irul membuka mulut Isha sudah rebah di pangkuannya.

“Macam mana isteri saya doktor?”, tanya Irul kerisauan.

“Isteri encik tak apa-apa. Cuma keletihan dan tak cukup tidur. Ni ubatnya. Pastikan dia dapat rehat yang secukupnya ya”, pesan doktor sambil menyerahkan beberapa paket ubat. Irul mengeluh lega. Nasib baik dia ada kenalan yang berkawan dengan doktor. Terus Irul menelefon dan meminta doktor datang ke rumah sewa Isha.

Irul memerah tuala dan meletakkannya di dahi Isha. ‘Isha, Isha.. Macam mana la boleh demam cam ni’. Irul mengusap pipi lembut Isha. “Irul akan teman Isha sampai Isha sembuh ye sayang”, bisik Irul ke telinga Isha.

Alya tersedar dari tidurnya. Dia rasa ada sesuatu yang menggenggam tangannya. ‘Irul! Ya Allah, kenapa dia tidur duduk macam ni.. Dia jaga aku sepanjang malam ke..’. Alya sebak. Irul benar-benar sayangkannya. Sedikit demi sedikit cinta Irul mula mendapat tempat di hatinya.

Alya akui dia agak terkejut dengan lamaran Irul. Dia belum sempat mengenali Irul sepenuhnya. Mereka hanya berhubungan apabila ada urusan program sahaja. Selebihnya Irul tidak pernah menghulurkan salam perkenalan dengan lebih rapat lagi. Apabila keluarga Irul datang bertemu keluarganya untuk merisik, Alya teragak-agak untuk membuat keputusan. Namun setelah tiga hari berturut-turut dia menunaikan solat sunat istikharah, Alya temui jawapannya. Dia nekad untuk menerima lamaran Irul.

“Isha, dah bangun? Baru pukul 3 pagi ni.. Tidur ek”, tegur Irul. “Irul pun tidurlah, sini”, Alya membalas sambil menunjukkan ruang kosong di sebelahnya. Irul bangun lantas membaringkan tubuhnya di sebelah Alya. Selang beberapa saat sahaja dia sudah terlena.

*****

Irul menyuapkan bubur ke mulut Alya. Lambat-lambat Alya menelan bubur itu. Tekaknya masih terasa pahit. Irul meletakkan tangannya ke dahi Alya. “Em, dah kurang sikit panas nih. Alhamdulillah”, ujar Irul.

“Irul tak kerja hari ni?”, tanya Alya.

“Irul minta cuti. Irul nak teman Isha sampai sembuh. Nanti bila Isha dah sembuh kita jalan-jalan ye.. Asyik terperuk kat rumah je.. Sekali-sekala apa salahnya berjalan rehatkan minda kan? Doktor cakap Isha kurang rehat. Ni mesti asyik sangat buat kerja sampai tak rehatkan..”, ujar Irul prihatin. Alya hanya mengangguk dan menundukkan wajahnya seperti seorang pesalah.

*****

Alya sudah sembuh sepenuhnya. Irul ingin meluangkan masanya dengan Alya. Hari ni Irul akan pastikan mereka akan ‘berdating’ seperti pasangan bercinta yang lain. Panggung wayang menjadi tempat pertama yang mereka tuju. Mereka memilih untuk menonton cerita ‘avatar’. Mulanya Alya memilih untuk menonton cerita romantik tapi Irul menolak. Alasannya….Apa lagi, malu lagi lah dengan Alya..

“Dah sebulan lebih kahwin rasa malu Encik Sahirul Hakimi nih tak hilang-hilang lagi ke?”, tanya Alya sambil menjengilkan mata. Irul hanya tersengih sambil menggaru kepala.

“Nasib baik Isha minat gak cerita tu, kalau tak Irul tengok cerita lain Isha tengok cerita lain”, rungut Alya.

“Irul janji next time kita tengok cerita cinta ye?”

“Em, yelah”. Mereka bergandingan memasuki panggung wayang dan mengambil tempat. Alya menyumbat popcorn ke dalam mulutnya.

‘Cerita belum mula lagi dah makan popcorn.. Isha.. Isha..’, desis Irul sambil menggelengkan kepala.

“Apa geleng-geleng?”, tanya Alya mengejutkan Irul. Irul tersengih-sengih.

Mereka menghayati cerita tersebut. Kadangkala riuh kedengaran bunyi gelak ketawa penonton apabila sampai di bahagian cerita yang lucu. Irul memasukkan tangannya ke dalam bekas popocorn. Dia ingin juga mengunyah sesuatu sambil menonton. Dari tadi Alya asyik menampar tangannya ketika dia cuba-cuba mengambil popcorn.

‘Isha tengah khusyuk tengok cerita tu,, bolehla aku senyap-senyap amik popcorn tu’, bisik Irul. Irul memasukkan tangannya ke dalam bekas popcorn sambil memandang ke hadapan.

‘Erk, apa pasal keras je popcorn nih, panjang pulak tu’. Irul mengalihkan pandangan.

‘Tangan Isha!’. Terus Irul menarik tangannya.. ‘Dup dap dup dap’.. ‘Kenapa dengan jantung aku nih, berdebar semacam pulak’, gumam Irul. Ini kali kedua dia memegang tangan Alya ketika Alya sedar. Kali pertama semasa akad nikah dulu.

Alya menyembunyikan senyum. ‘Oh, nak curi popcorn aku ye,, kan dah tertipu, hahaha’. Alya melihat wajah monyok Irul. Lantas dia mengeluarkan satu lagi bekas popcorn dan menghulurkannya pada Irul. Sebenarnya Alya telah membeli dua paket popcorn, sengaja dia menyembunyikan satu paket dari pandangan Irul.

Irul masih teragak-agak untuk mengambil. “Nak ke tak nak ni?”, Alya melayang-layangkan paket popcorn untuk mengumpan Irul. Melihatkan Irul masih mendiamkan diri  Alya lantas mengambil beberapa biji popcorn.

“Buka mulut!”, arah Alya tegas. Irul hanya menurut arahan tersebut. Alya menyuapkan popcorn ke dalam mulut Irul. Irul terpana. Lambat-lambat dia mengunyah popcorn itu.

“Pandai pun”, ujar Alya seperti melayan budak kecil. Irul tersenyum senang. Bahagia Alya melayannya persis seperti budak kecil. ‘Tak sia-sia aku pura-pura merajuk, hehe’.

*****

“Isha, kat mana lagi tempat-tempat menarik kat sini ek?”, tanya Irul.

“Ha, jom kita pergi Hutan Bandar nak?”, ajak Alya. Dia menghulurkan tangannya pada Irul. Irul menaikkan keningnya.

“Kunci kereta, biar Isha yang drive”. Irul menghulurkan kunci kereta Pesona nya pada Alya.

Mereka berjalan-jalan di laluan batu-batu refleksologi yang terdapat dalam Hutan Bandar. Urutan refleksologi mampu mengurangkan tekanan dan mempengaruhi sistem saraf utama supaya kembali kepada kadar yang optimum.

Alya tergelak-gelak melihat wajah Irul. “Kenapa Irul? Sakit ye?”

“Mestilah, Isha tak sakit ke?”

“Tak sangat. Irul kena selalu buat urutan refleksologi ni tau”

“Kenapa?”

“Sebabnya urutan refleksologi ni banyak faedahnya. Melancarkan pengaliran darah, mengurangkan risiko tulang reput, menguatkan otot…………………..”. Irul leka memandang Alya. ‘Banyak cakap juga bini aku nih’.

Tanpa disedari Irul memegang tangan Alya. Alya terus terdiam, menamatkan celotehnya. Irul sendiri terkejut dengan keberaniannya.

“Jom, kita jalan-jalan kat tasik pula”, ajak Irul. Alya hanya menurut. Irul tersenyum sepanjang jalan. Langsung tidak melepaskan tangan Alya.

“Irul, Taman Orkid!”, jerit Alya sambil menarik tangan Irul supaya mengikut rentak kaki Alya. Alya memang suka mengunjungi Taman Orkid untuk menikmati keindahan fauna di sini.
Alya tersepak batu. Tiba-tiba dia merasakan dirinya tak seimbang. Alya memejamkan mata. Dalam beberapa saat sahaja dia sudah berada dalam pelukan Irul. ‘Lajunya denyutan jantung Irul’,bisik Alya. Lama mereka berada dalam keadaan berpelukan.

Alya merungkaikan pelukan Irul. “Terima kasih”, ucap Alya perlahan. Irul tersedar dari lamunannya. Irul mengangguk.

“Irul, jom makan”, ajak Alya untuk menutup rasa gugupnya.

“Isha nih tahu makan je kan? Badan tak besar-besar pun”, bebel Irul. Mereka berjalan bergandingan menuju ke medan selera. Masing-masing tak lekang dengan senyuman mengenangkan adegan sebentar tadi.

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)