Suamiku Pemalu (Bab 7)

Oleh : Qistina Alya
“Bala.. bala..”, ujar Daniel sambil membuka pintu bilik Irul.

“Kau ni kenapa? Pagi-pagi lagi dah dapat bala ke?”

“Bukan aku lah, kau lah yang akan dapat bala kejap lagi”

“Apa kau merepek ni?”, tanya Irul. Belum sempat Daniel membuka mulut seorang perempuan masuk ke bilik Irul.

“Kau kan  amik cuti sepanjang minggu lepas. Kalut perempuan tu cari kau tau!”, bisik Daniel.

“Kau jangan pergi mana-mana, teman aku kat sini sampai perempuan tu keluar”,tegas Irul seperti memberi arahan.

‘Ya Allah, seksanya pakaian perempuan nih. Kalau lah ni pejabat aku dah lama aku letak peraturan pemakaian di dalam pejabat. Pekerja hanya dibenarkan memakai seluar slack dan kemeja ketika waktu bekerja!’,bebel Irul dalam hati.
Shikin merapikan pakaiannya. Sengaja dia memakai skirt paras paha dan kemeja yang betul-betul memuatkan tubuhnya untuk menarik perhatian Irul. Dia melangkah menghampiri Irul dengan lenggok jalan yang menggoda.

‘Shikin.. Shikin.. Kau ingat Irul akan tertarik ke kau pakai macam tu. Lagi tak pandang ada lah’, marah Daniel dalam hati.

“Hurm, awak nak apa Shikin?”, tanya Irul tanpa memandang wajah Shikin. Pura-pura menyusun fail di atas meja.

“Saja je jenguk Kimi, lama tak jumpa. Rindu pula rasanya”, luah Shikin.

‘Erk, Kimi? Rindu? Geli-geleman aku..’, Daniel menyimpan tawanya dalam hati.

“Oh, tu je awak nak cakap?”. Shikin tersenyum.

“Kalau dah habis cakap awak boleh keluar sekarang”, ujar Irul tegas. Shikin memasamkan muka. Dengan malas dia berjalan keluar dari bilik Irul.

“Err,, Shikin”, panggil Irul. Laju Shikin memusingkan tubuhnya sambil mengukirkan senyuman paling manis. Dia yakin Irul terpesona dengan pemakaiannya hari ni.

“Lain kali pakai sopan sikit ye”, tutur Irul lembut seakan menegur. Shikin menghempas pintu bilik Irul.

“Hahahahahah,, giler kelakar aku tengok muka cemberut dia tuh. Dengan pakaian tak cukup kain, tambah mekap tebal macam opera cina, ada hati nak pikat kau.. Huhuhuhu,, kalau aku dah lama lari tau Irul”, Daniel menghamburkan tawanya.

“Masalahnya dah satu pejabat. Aku nak lari ke mana?”, dengus Irul geram.

“Nasib baik lah aku dapat bini macam Isha, sopan, manis, menutup aurat, lembut”.Irul membayangkan wajah comel Alya.

“Weh, sapa Isha?. Kau makin kayu tiga eh?”

“Eee,, geram betul aku dengan kau nih. Bini aku lah, kan nama penuh dia Farisha Alya!”

“Heheheheh,, sori.. Manalah aku tahu, yang aku tahu ramai panggil dia Alya kan?”

“Aku sorang je boleh panggil Isha, special!.. Dah, dah.. Kau gi wat kerja”, halau Irul.

“Yela, yela aku keluar, mentang-mentang dah ada bini, Aku kau letak nombor dua ek”, rungut Daniel. Dia tahu Irul hanya bergurau dengannya. Dia langsung tidak mengambil hati dengan gurauan Irul.

*****

‘Best nya dapat balik rumah! Rumahku Syurgaku! Hehe’, gumam Alya. Berbulan-bulan dia tidak pulang ke rumah. Akhirnya dia dapat bercuti selama seminggu setelah berpenat lelah menguruskan tesis. Kepulangannya ke rumah langsung tidak dikhabarkan kepada Irul. Sengaja dia ingin memberi kejutan kepada Irul.

“Eh, kenapa lampu bilik tidur terpasang nih?. Perompak mana masuk rumah aku nih?”, bebel Irul tertanya-tanya. Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi pancutan air. “Haish, takkan masuk rumah aku semata-mata nak mandi kot”, Irul membebel lagi. Irul menghampiri bilik air, siap sedia dengan sebarang kemungkinan. Tiba-tiba terjengul wajah Alya dari pintu bilik air.

“Argghhhhhhhhhhhh!!!”, Alya menjerit.

“Arggghhhhhhhhhhhhhhh~~~”, Irul turut menjerit. Seminit kemudian Irul terdiam. Ralit dia memerhati keadaan Alya yang hanya bertuala.

‘Ish, seram sejuk aku tengok cara Irul pandang aku’, bisik Alya sambil menundukkan pandangan. Alya ingin bergerak menuju ke almari namun dihalang oleh Irul. Irul mencempung tubuh kecil Alya. Saat itu pandangan mereka bersatu. Lama. Akhirnya mereka bersatu jua melayari bahagia seperti suami isteri yang lain.

*****

“Rul, jom makan!”, ajak Daniel. Irul tersenyum.

“Ni yang tersengih-sengih macam kerang busuk ni kenapa?”

“Aku dah janji ngan Alya nak makan kat rumah hari ni. Jom lah sekali”

“Boleh ke?”

“Boleh je. Alya OK lah. Lagipun kau belum pernah jumpa dia kan? Bolehla kenal-kenal”

“Assalamualaikum.. sayang.. Irul dah balik nih”. Irul memberi salam sambil menjemput Daniel masuk. Sejak dari malam itu, Irul sudah berani memanggil Alya dengan panggilan sayang.

Alya muncul dari dapur lantas menyalami tangan Irul. Irul sudah memberitahu tentang kedatangan Daniel sebelum mereka bertolak tadi. Jadi, Alya sudah siap-siap memakai tudung sementara menanti ketibaan mereka.

“Maaflah ye kalau menyusahkan Alya datang sini”, ujar Daniel sopan.

“Eh, takde pape lah.. Alya memang masak banyak pun”. Alya tersenyum. Daniel terpegun dengan keramahan Alya. Memang benar apa yang dikatakan Irul, Alya memang cantik dan sopan, sempurna auratnya ditutup. Sebelum ini dia hanya melihat Alya dari gambar yang diletakkan di atas meja pejabat Irul.

“Ehem.. ehem.. Sudah-sudahla pandang bini aku tuh. Kalau nak pandang lama-lama kahwinla bro! Pandang bini kau 24jam pun takpe!”. Daniel tersipu-sipu malu apabila disergah begitu. Alya hanya tertawa melihat gelagat mereka.

Daniel mengambil tempat di sebelah Irul. “Betul cakap kau pasal Alya. Pandai kau cari bini”, bisik Daniel perlahan.

“Tengok kaki lah bro!”, ujar Irul dalam nada yang sama. Bangga dia mendengar pujian Daniel. Mereka menikmati makanan yang terhidang sambil berbual-bual.

“Sedap Alya masak. Terima kasih ye. Lepas ni bolehla saya datang lagi ek”, ujar Daniel yang sudah tersandar kekenyangan.

“Boleh je, selagi Daniel masih single datanglah makan kat sini”, ujar Alya sengaja ingin menyakat Irul.

“Amboi sayang, gatal eh!”, Irul memasamkan mukanya.

“La, betol lah Isha cakap. Kalau si Daniel ni dah kahwin nanti tak bolehla selalu datang sini. Nanti siapa nak makan isteri dia masak”, terang Alya sambil tersengih-sengih.  Daniel tergelak-gelak melihat rajuk Irul. Irul tersenyum. Dia tak boleh lama-lama merajuk dengan Alya. Ada saja celoteh Alya yang akan membuatnya tersenyum bahagia.

*****

“Alhamdulillah, selesai juga PHD aku.. Tak sia-sia bertungkus lumus 3tahun nih”. Alya tersenyum bangga.

“Waalakumussalam.. Qimi, kemas barang siap-siap. Petang ni kita gerak balik rumah angah. OK, nanti angah amik kat kolej ye”. Alya bersyukur sepanjang tiga tahun menyambung pelajarannya di UTM, ada ahli keluarga yang masih dekat dengannya, mengurangkan sedikit rasa rindu pada keluarganya. Adiknya, Qimi turut mendapat tempat untuk menyambung pengajiannya dalam bidang ‘Mechanical Engineering’ di UTM ketika Alya berada di tahun empat. Sekarang, Qimi juga dapat menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Alya mengajak Qimi berehat di rumahnya dahulu sebelum pulang ke rumah umi dan abah mereka di Kelantan.

“Aduh, penatnya drive!”, adu Qimi. “Eleh, kamu drive sejam je pon. Angah ni yang patut kata camtu. 3jam tau angah drive”. Qimi tersengih-sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Alya berjalan menuju ke tingkat atas untuk mengemaskan bilik untuk Qimi.

“Angah dah siapkan bilik untuk Qimi, Pergilah naik rehat-rehat dulu”

“OK bos!”

*****

Alya dan Irul ralit menonton cerita ‘Hum Saath Saath Hain’ di TV, salah satu cerita hindustan yang Alya paling suka tonton. “A B C D E F G H I, J K L M, N O P Q R S T U V W X, Y Z… “
Cupp! “I LOVE YOU!”. Irul menyambung nyanyian Alya. Alya terpana dengan kucupan Irul. Terasa hangat pipinya

“Oh, dah berani ye?”, Alya menjengilkan matanya. “Ingatkan pemalu macam Salman Khan dalam cerita tuh”.

“Ala, Salman Khan pon lama-lama dah tak malu kan dengan tunang dia”.

Qimi tergelak-gelak melihat telatah suami isteri itu. Senang hatinya melihat kakak nya bahagia. Irul pun kelihatan mesra dengan mereka sekeluarga.

“Dah abis mengintai ke dik oi!”, laung Irul dari ruang tamu. Qimi tersengih-sengih. Rupa-rupanya Irul perasan dia mengintai di sebalik langsir. Qimi menyertai kakak dan abang iparnya menonton TV.

“Qimi dah dapat offer kerja angah, abang”, beritahu Qimi teruja.Graduan UTM memang mudah mendapat kerja. Tambahan lagi, bidang kejuteraan. Sebab itu Alya menyarankan adiknya meletakkan UTM dalam senarai permohonan IPT ketika adiknya itu memohon. Alhamdulillah, rezeki Qimi dapat melanjutkan pelajaran di UTM.
 
“Amboi, cepatnya adik angah dapat kerja. Dekat mana?”, tanya Alya.

“Area KL ni juga kak. Ingat nak mintak tolong abang Irul carikan rumah sewa, boleh?”

“La, kenapa nak cari rumah sewa. Duduk sini je lah. Kat rumah ni pun ada abang Irul dengan angah Qimi je”,ujar Irul.

“Betul ke nih?”. Alya dan Irul mengangguk. Irul memang tidak kisah Qimi menumpang di rumahnya. Baginya keluarga Alya adalah keluarganya juga. Lagipun menurut pandangannya Qimi seorang yang sopan dan menghormati orang tua. Qimi juga kelihatan manja sekali dengan Alya. Kadangkala dia sendiri cemburu dengan kemanjaan Qimi pada Alya.

“Sayang, tolong buatkan air untuk kitorang”

“Amboi, belum apa-apa dah buli orang ek”, rungut Alya.
Irul sengaja menyuruh Alya membuat air. Sebenarnya dia ingin membicarakan sesuatu dengan Qimi.

“Qimi, angah Qimi suka apa ek?”. Qimi diam berfikir. “Suka novel, kenapa bang?”
Irul menerangkan tujuannya dia bertanya. Sebenarnya dua hari lagi merupakan hari jadi Alya. Irul ingin merancang sesuatu untuk memberi kejutan pada Alya. Namun dia perlukan pendapat dan bantuan Qimi untuk melaksanakannya.

“Oh, macam tu. Abang buatla kejutan romantik sikit”, Qimi memberi idea. Irul menaikkan keningnya.

“Macam mana?”, tanya Irul ingin tahu. Maklumlah, dia kurang pakar bab memikat hati perempuan.

“Macam ni…………………………………………………….”

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)