Suamiku Pemalu ( Bab 1 )

 Oleh : Qistina Alya
“SAH!”. Sayup-sayup kedengaran perkataan sah selepas akad nikah dilafazkan. Kini, Farisha Alya sah menjadi isteri kepada Sahirul Hakimi, lelaki pilihan orang tuanya, pilihan hatinya juga. Mungkin…. Wajah abah dan umi Alya bukan main ceria sekali. Maklumlah, dapat menantu lelaki sulung.

    Irul mendekati satu-satunya wanita yang berjaya menambat hati lelakinya. ‘Dup dap dup dap’. Dia menyarungkan cincin ke jari manis permaisuri hatinya. Tangan si suami dicapai lalu Alya tunduk menyalami tangan suaminya. ‘Biar betul laki aku nih, tangan dia dua kali ganda lagi sejuk dari aku!, gugup sangat ke, haha, jahatnya aku gelakkan dia’, bisik Alya.

 Alya tersedar dari lamunannya tatkala bibir Irul melekap di dahinya. Hatinya dipagut sayu. Terasa seluruh rasa cinta mengalir di setiap urat sendinya. Tekadnya kini hanya ingin menjadi isteri yang terbaik buat sang suami.

  Irul dan Alya bersiap-siap untuk majlis persandingan malam ini. Gaun purple putih yang dipakai Alya tampak manis tersarung di tubuhnya. Tambahan lagi dengan padanan tudung Syria purple. Cukup menyerlahkan wajah lembutnya. Irul bagaikan terpaku melihat isterinya.

   “Hellooooooooooo,, awak!”, panggil Alya sambil melambai-lambaikan tangannya pada Irul. Irul tersentak.
   
   “Err,, apa awak cakap tadi?”, tanya Irul tanpa berkelip meneliti keindahan wajah di hadapannya.

   “Saya cakap jomlah turun, tetamu dah tunggu tu”.
   
   “Oh, OK! Jom”. Menonong Irul berjalan meninggalkan Alya. Namun selang beberapa langkah dia berpaling. Dia menaikkan sebelah keningnya pada Alya. “Kenapa?”

    “Ish laki aku ni, tak romantik langsung! Boleh pulak dia jalan tinggalkan aku. Pelawa la aku paut lengan dia ke, pegang tangan aku ke. Sabar je la”, gumam Alya sendiri. Alya menjeling tajam. Irul menggaru kepalanya yang tidak gatal. Langsung tak memahami jelingan tajam Alya.

     “Tak ada apa-apa lah, jom!”, Alya memulakan langkah sambil memaut lengan suaminya. ‘Terpaksa la aku tebalkan muka paut lengan si Irul ni. Nasib baikla aku ni jenis tak tahu malu sikit, huhu’.
  
     Irul mengikut langkah Alya sambil tertunduk malu. Sungguh dia tidak biasa dengan perempuan, apatah lagi nak menunjukkan perilaku romantik. ‘Arghh,, aku kena belajar macam mana nak jadi romantik ni’, dalam diam Irul memasang tekad.

   Tiba-tiba Alya tidak dapat mengimbangi badannya. ‘Tidak!’. Alya menjerit dalam hati. Alya dapat merasakan ada seseorang yang memeluk pinggangnya. Perlahan-lahan Alya membuka mata. Tergamam dia melihat Irul yang sedang memeluknya.
     
     ‘Dup dap’. Pandangan mereka bersatu.

    Kedengaran bunyi tepukan gemuruh dari tetamu melihat aksi tak diduga dari mereka berdua. Romantik! Mesti itu tanggapan para tetamu. Kejadian di sebaliknya hanya Irul dan Alya yang tahu. Mendengar bunyi tepukan itu hampir-hampir saja Irul melepaskan rangkulannya pada pinggang si isteri. Wajah Irul sudah mula memerah. Malu la tu!

    ‘Ya Allah, agak-agak la mamat ni nak lepas pun. Nasib baik aku tak jatuh. Kalau jatuh buat malu je’, desis Alya. Nasib baik dia sempat berpaut pada bahu Irul. Masing-masing cuba berlagak selamba.

      “Maaf ye Alya, Irul terpijak gaun Alya tadi”, aku Irul.

     ‘La, patut lah aku rasa macam nak jatuh je’. Alya melihat hujung gaunnya. Nasib baik tiada kesan tapak kasut Irul, kalau tak mahu mengamuk juga Alya. ‘Salah aku juga, siapa suruh pakai gaun meleret macam ni’, bisik Alya.

    “Em, tak apa lah. Jom turun”. Mereka menyambung langkah menuruni tangga. Kali ni Alya mengambil langkah berhati-hati supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini seperti tadi.

     Turun je dari tangga, Alya ternampak kelibat sahabatnya, Ika. Ika melangkah menghampiri Alya. “Amboi, cantiknya kau lya”, puji Ika. Dia mencium kedua-dua belah pipi Alya. “Selamat ya, moga kau menjadi isteri yang solehah”, ucap Ika. Seorang lagi temannya dah berkahwin. Entah bila agaknya giliran dia. Ika masih tidak mempunyai teman istimewa. Bukan tidak ada orang yang meminatinya, mungkin dia yang terlalu memilih. Bukannya dia tidak tahu ramai yang meminta nombornya dari Alya. Tapi mujur lah, Alya jenis yang prihatin. Dia akan menapis dahulu segala perangai lelaki-lelaki yang meminta nomborn\ Ika sebelum membuat keputusan sama ada mahu memberi nombor itu atau tidak.

    “Ika! Mengelamun pulak dia”. Panggilan Alya mengejutkan lamunan Ika. Pelik dia melihat rakannya itu asyik mengelamun. Seperti sedang memikirkan sesuatu.

    “Kenalkan suami aku, Sahirul Hakimi”, Alya memperkenalkan suaminya. Irul hanya mengangguk dan menghadiahkan segaris senyuman manis buat Ika. Rasanya seperti dia pernah melihat Ika tapi terlupa di mana. Maklumlah, Irul jarang berbual dengan perempuan. Alya sahaja satu-satunya perempuan bertuah yang berjaya menarik hatinya. Itupun mereka jarang berbual sebelum nikah. Hanya hal-hal penting sahaja yang akan menemukan mereka.

    “Hehe, aku kenal lah. Budak laki yang ikut kem kita dulu kan?”. Alya tersenyum. Irul mengangguk sebagai tanda mengiakan kenyataan Ika.. Tidak menyangka yang Ika masih ingat dengannya.

   Alya sudah lama tidak berhubung dengan Ika dek kesibukannya menghabiskan PHD. Ketika dia menyampaikan berita perkahwinannya pada Ika, Ika kelihatan begitu terkejut sekali. Malah turut menjerit kegembiraan. Ika sentiasa menyokong setiap keputusannya sejak mereka berkawan rapat. Itu yang membuatkan Alya begitu sayangkan Ika.

    Tiba-tiba adik Alya, Ifah membisikkan sesuatu di telinga Alya. “Ika, kau sembang dengan Irul dulu kejap eh, ada hal jap”, ujar Alya. “Awak, tak apa kan saya tinggal sekejap?”. Irul mengangguk. Hal apa ya? Alya berlalu meninggalkan mereka sebentar.

     “Irul, tahniah la eh! Maaf aku tak boleh lama nih, dapat singgah sekejap je”, sapa Daniel, teman sekerja Irul. Daniel memandang Irul dan mengangkat keningnya. Dia tertanya-tanya siapakah gerangan wanita yang sedang berbual dengan Irul. ‘Erk, isteri dia kot. Warna baju sedondon je’, Daniel menebak.

      “Eh tak apa. Aku tahu kau sibuk”

      Daniel menghadiahkan senyuman manis buat wanita di sisi Irul Dia menghulurkan hadiah yang dibelinya untuk pasangan pengantin itu. “Tahniah ye, terima lah hadiah ni. Hadiah biasa-biasa je”, ujar Daniel rendah diri.

      Ika tercengang. ‘Mamat ni apa pasal bagi hadiah kat aku pula? Ada ciri-ciri pengantin ke aku ni? Ika melihat pakaiannya.

      ‘Over sangat ke aku pakai?’, gumam Ika. Dia bingung mahu berbuat apa. Mustahil untuk dia menerima pemberian itu. Hadiah itu untuk Irul dan Alya. Ika memandang Irul, meminta pertolongan.

     Akhirnya tawa Irul terlepas juga. Ika turut ketawa. Daniel yang melihat mereka ketawa tercengang. Sentap pun ye juga. Ye lah, orang bagi hadiah diorang boleh gelakkan Daniel.

      “La, korang ni. Aku bagi hadiah kot. Gelak pula. Tahu la hadiah aku kecil je”, rajuk Daniel.

     “Alahai kawan aku nih, sentap pula. Aku dan Ika bukan gelak pasal tu lah”

      “Dah tu?”

      Ika berdehem. “Encik Daniel, saya bukan isteri Irul”. Ika tersenyum. ‘Sekali-sekala mengenakan mamat hensem ni pun ok juga’, desis Ika.

     “Em, kenalkan ni kawan isteri aku, Ika”. Ika tunduk sedikit sebagai tanda hormat pada Daniel. Tak boleh bersalam. Haram!

      Daniel tersengih malu. ‘Patut la dia tak terima hadiah tadi. Haish, aku pun satu. Main hulur je tak tanya dulu, kan dah malu’. Ada sesuatu pada gadis itu yang mengusik hatinya. Namun dia tidak pasti apa yang telah menariknya untuk merenung gadis itu.
  
      ‘Mujurlah bukan isteri Irul. Maksudnya aku ada peluang lah!’. “Err, saya Daniel. Maaf ye, tersilap orang pula”. Daniel masih merenung Ika di hadapannya.

       Ika tertunduk malu apabila perasan Daniel ralit merenungnya. “Em, tak apa”

      “Ehem.. Ehem..”, Irul berdehem.

      Daniel tersedar dari lamunannya. “Eh, bro.. Aku pergi dulu ye.. Kena gerak sekarang ni. Nanti lewat pulak aku sampai sana”, ujar Daniel. Dia tidak sempat untuk bertemu dengan Alya. Daniel hanya dapat melihat Alya dari jauh sahaja. “Lain kali lah aku jumpa bini kau ye. Kirim salam kat Alya. Saya minta diri dulu ye Ika”, pamit Daniel lantas berlalu menuju ke keretanya.

**********

    Sayup-sayup kedengaran seseorang mengalunkan ayat suci Al-Quran. Alya berdiri pegun di pintu biliknya. Terpegun dengan suara merdu suaminya mengalunkan ayat suci. Usai berjemaah solat isyak tadi Alya minta izin pada suaminya untuk turun ke dapur. Alya membuatkan susu untuk suaminya. Salah satu rutin Irul yang baru diketahuinya, Irul suka minum susu sebelum tidur. Alya menunggu suaminya selesai mengaji.

   ‘Dup dap dup dap’, Irul memegang dadanya.

  “Ish jantung aku ni, asal terpandangkan bini aku je mula la berdenyut laju semacam”, gumam Irul. Setiap kali memandang wajah Alya, hatinya sering terusik. Sejak pertama kali mengenali Alya sehinggalah sekarang, hatinya sering membisikkan kata rindu, tapi Irul langsung tidak meluahkannya pada Alya. Bahkan setiap kali mengingati Alya, dia akan beristighfar, dia tidak mahu menyentuh Alya walaupun hanya dalam ingatannya. 
Alya menghampiri suaminya, “Em, ni susu untuk awak.. Minum la”, hulur Alya sambil memberi senyuman yang paling manis untuk suaminya.

      “Err, terima kasih ye”. Irul menghabiskan susunya. Masing-masing mendiamkan diri.

    “Awak, saya dah mengantuk ni. Kita tidur ye”. Irul terus baring lantas menyelubungkan dirinya dengan selimut. Dia berpura-pura tidur. ‘Maaf ye awak, saya belum biasa dengan perempuan’, keluh Irul. Kata-kata itu hanya mampu disimpan dalam hatinya.

    Alya menjongketkan keningnya. ‘Biar betul mamat ni, aku kat sini dibuatnya macam tunggul. Nasib baiklah aku ni jenis hati kental punya orang, tak lah terasa sangat. Hehe, aku tahu dia ni pemalu orangnya. Kakak Irul dah ceritakan semuanya. Tapi kronik juga tahap pemalu laki aku ni. Aku tenung sikit je dia dah tertunduk malu.. hahahahah..’ Alya tersenyum sambil merencanakan sesuatu. ‘Aku mesti buat dia tak rasa segan dengan aku’.

       Irul mengalihkan selimut dari mukanya setelah pasti yang Alya sudah tidur. ‘Fuh, lega. Lemas aku dalam selimut ni lama-lama’,bisik Irul. Dia tidak dapat melelapkan mata.Seakan tidak percaya yang dirinya kini sudah menjadi suami orang. Sebilik dan sekatil dengan isterinya. Irul tersenyum, itu lah yang diharapkan dari dulu, menjadikan Alya sebagai suri di hatinya dan bakal ibu untuk anak-anaknya kelak. Fikiran Irul menerawang pada perbualan Irul dan mamanya dua tahun lepas.

    “Hai anak mama ni, ceria bukan main ye sekarang”, tegur Puan Nabila, mama Irul. Irul merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Dia hanya memiliki dua orang anak, kakak Irul dan Irul. Dia boleh membaca segala perubahan Irul sepanjang Irul membesar di hadapan matanya. Irul dijaga seperti menatang minyak yang penuh.
  
    Puan Nabila dan Encik Faris telah mencuba sehabis baik dalam memberi didikan agama pada anak mereka. Alhamdulillah, sehingga kini kedua-dua anaknya sangat menjaga tingkah laku masing-masing. Tanggungjawab sebagai seorang Islam tak pernah dilupakan. Sejuk perut dia mengandungkan kedua-dua anaknya. Cuma Irul, anak lelakinya lebih pemalu berbanding si kakak. Entah dari mana Irul mendapat sifat itu. Mungkin dari datuknya.

    “Eh, mana ada ma. Rul biasa-biasa je lah”, Irul seperti menyembunyikan sesuatu dari mamanya. Segan untuk bercerita soal hati. Sebelum ini dia tidak pernah berkongsi soal hati dan perasaannya pada mama dan papa. Kak Fiza sahaja yang tahu sedikit-sedikit tentang rasa hatinya, itu pun Irul meminta Kak Fiza merahsiakan dari pengetahuan papa dan mama.

     “Rul, kamu tu anak mama. Sembilan bulan tau mama mengandungkan kamu. Mesti lah mama boleh baca perangai anak mama ni. Sekarang dah pandai tengok cerita cinta ye. Siap boleh tersengih sorang-sorang lagi. Mesti ada apa-apa ni”, tebak mama Irul. Dia yakin ada taman dalam hati anaknya.  Riak wajah Irul yang berseri-seri lebih meyakinkan telahannya.

     ‘Erk, mama boleh baca ke muka aku ni? Nak cerita ke tak eh?’, hati Irul berbelah bagi sama ada mahu menceritakan pada mamanya atau tidak.

      ‘Ala cerita je la, bukannya siapa-siapa pun, mama kau juga’, bisik satu suara.

     ‘Tapi awal lagi la. Aku baru 22 tahun. Lambat lagi nak masuk meminang’, Irul membalas pada suara itu.

     ‘Ala, tak salah kalau kau bercerita. Mana tahu mama kau ada plan baik punya’

     ‘Ish, sibuk lah kau ni’. Irul merengus geram.

    ‘Yang menyibuk ni diri kau juga lah!’

     ‘Ye tak ye juga kan. Yelah, aku cerita’. Akhirnya Irul mengalah dengan suara itu.

    “Rul oo Rul”, panggil Puan Nabila. Hairan dia melihat anaknya bercakap seorang diri. ‘Wah, ni sudah kes parah ni. Kalau senyum sorang-sorang aku boleh tahan lagi, ni dah sampai tahap bercakap sorang-sorang, apa kes anak aku ni?’. Puan Nabila menyentuh lembut bahu anaknya mahu menyedarkan Irul dari lamunan.

     “Eh, ye ma”. Irul tertunduk malu apabila menyedari mama perasan akan lamunannya.

     “Cerita lah, mama dengar”

    “Err, Irul dah jatuh cinta ma”, Irul berterus terang. ‘Pehh, malu gila!’. Irul menutup mukanya dengan bantal. Kemudian mengintai reaksi mamanya di sebalik bantal.

      Puan Nabila menggelengkan kepalanya. “Apa la yang nak dimalukan. Kamu dah besar panjang pun Rul, dah layak jatuh cinta pun. Siapa nama perempuan bertuah yang dah berjaya curi hati anak mama ni?”

    “Farisha Alya”

     “Sedapnya nama. Mesti cantik kan orangnya”

      Irul mengangguk laju.

      “Dia tahu tak Rul suka dia?”

       Irul menggeleng pula.

       Puan Nabila mencubit lengan anaknya. “Rul ni asyik main angguk-angguk, geleng-geleng je. Cuba cerita kat mama betul-betul”. Geram Puan Nabila dengan reaksi anaknya itu. Malu tak bertempat!
“Ala ma. Rul tak beritahu Rul suka dia sebabnya Rul tak nak usik hati dia. Lagipun waktu Rul mula suka dia tu kan tengah belajar lagi. Sekarang pun Rul baru mula kerja. Tak elok la bagi harapan kat anak dara orang. Biar lah Rul kumpul duit dulu”

      Terpegun Puan Nabila mendengar jawapan anaknya. Anak yang dibesarkannya sudah mampu berbicara dengan matang. Baik sungguh hati Irul. Sedalam itu dia berfikir sebelum membuat suatu keputusan penting dalam hidupnya. Patut lah bila dia menyuruh Irul sambung belajar, anaknya menolak. Rupa-rupanya sudah ada rancangan sendiri. “Tak takut melepas ke? Nanti kalau disambar dek orang gigit jari la kamu”, ujar Puan Nabila mahu menyakat anak terunanya.

       Irul menggeleng. “Nak takut apa ma. Jodoh kan rahsia Allah. Kalau dah jodoh Rul dengan Alya macam mana cara sekali pun Rul tetap akan bersatu dengan dia, kan ma?”
Sekali lagi Puan Nabila terkesima dengan kata-kata anaknya. Doanya jika Irul sudah bersedia untuk mendirikan rumahtangga, mudah-mudahan anaknya itu mampu menjadi suami yang soleh untuk bakal isterinya itu. “Tenang hati mak dengar Rul cakap macam tu. Dah macam imam muda. Ha, Rul tak nak masuk imam muda ke?”, usik Puan Nabila.

    “Mama ni ke situ pula, Rul tak layak lah ma. Imam untuk Farisha Alya boleh la”, Irul menganggukkan kepala sambil tersenyum malu.

     “Amboi anak mama, gatal eh!”

    “Hehehehe”. Irul mengangkat dua jari menunjukkan tanda ‘peace’ pada mamanya. Macam budak-budak.
Bunyi dengkuran halus Alya menghapuskan lamunan Irul. Dia memandang wajah Alya di sebelahnya. Macam ada sesuatu di muka Alya. Namun Irul hanya mengabaikannya. Matanya sudah tidak dapat menahan kantuk. Akhirnya dia terlena di sisi isterinya.

**********

    “Awak.. awak… Bangun lah solat subuh”. Alya mengejutkan Irul.

    “Awak, bangun la”. Alya masih mencuba.

    Kelihatan Irul masih liat hendak bangun. Teragak-agak Alya menyentuh tubuh Irul. Dia menggoncangkan sedikit tubuh Irul.

    “Awak, subuh!”. Geram betul Alya dengan orang yang liat nak bangun ni.
Irul membuka matanya perlahan-lahan. “Arghhh!!”. Irul menjerit lantas terus menyelubungkan seluruh tubuh dan kepalanya dengan selimut. ‘Erk, semalam aku tengok muka Alya tak ada la macam ni pun. Betul ke bini aku ni?’. Irul menahan debar di hati.
    
    Terkejut Alya mendengar jeritan Irul. Apa yang tak kena sehingga Irul menjerit. “La, awak ni kenapa? Bangunlah solat subuh, dah 6.30 pagi ni”.

   Perlahan-lahan Irul mengalihkan selimut dari kepalanya. “A..a..wak! Ap…pa tu kat muka?”. Tergagap-gagap Irul bertanya. Masih terkejut.

    Alya memegang mukanya. Apa yang tak kena ya? Alya seperti dapat mengagak sesuatu. Dia menggelengkan kepalanya. Irul, Irul.. “Ni bedak sejuk la awak. Kenapa takut sangat ni? Tak biasa tengok perempuan pakai bedak sejuk eh?”. Alya sudah menahan tawa.

    Irul sudah bangun dari pembaringannya. “Terkejut saya, ingatkan hantu mana la tadi. Dengan rambut panjang macam tu”.

     Alya mencubit lengan Irul. “Awak kutuk saya eh!”. Tubuh suaminya dicubit halus.

     Tok..Tok..Tok… “Irul, lya.. Apa yang bising-bising tu?”. Kedengaran suara umi Alya di luar bilik.

    “Tak ada apa umi”. Alya menjengilkan matanya pada Irul.

      Irul berjaya mengelak dari terus dicubit Alya. “Awak, sakitlah.. Dengar tu, umi dah tegur dah. Dah la, jom solat. Lewat dah ni”, ajak Irul. Dia tersenyum-senyum sambil berlalu ke bilik air. Tak sia-sia dia terkejut beruk tadi, Alya sudah mula mesra dengannya.

*******

    “Alya, Irul. Korang berdua ni tak nak pergi honeymoon ke? Manalah tahu ada rezeki bolehla umi dan abah menimang cucu cepat sikit”, tanya umiku. Alya menjadi harapan umi dan abahnya untuk mendapatkan cucu secepat mungkin. Nak harapkan alongnya memang lambat lagi lah. Along nya seorang yang gila kerja. Dia sering mengelak apabila uminya menanyakan soal jodoh. 

   Irul yang mendengar terus tersedak. Alya menghulurkan air sambil menggosok belakang suaminya. Terbatuk-batuk Irul. Alya tersenyum. Dalam hatinya dah sakan gelakkan suaminya.Macam mana nak dapat cucu, Irul nak sentuh dia pun malu bukan main..hahahah

   “Ada je rancang umi, abah. Kami ingat nak bercuti ke Pulau Redang beberapa hari. Lagipun Irul pun cuti lama lagi, kan bang?”,jawab Alya bagi pihak suaminya. Sekali lagi Irul tersedak mendengar panggilan ‘abang’ untuk dirinya. ‘Fuh, nasib baik aku tak tersembur air ni. ‘Abang?’..Hurm, sedap gak panggilan tu. Terbit rasa bahagia dalam hatinya. Irul mengangguk mengiakan jawapan isterinya.

   Tidak pernah dalam hidup Alya berkawan dengan seorang lelaki yang terlalu pemalu seperti Irul. Kebanyakan kawan lelaki nya memang pendiam tapi tidaklah semalu Irul.
     
     “Er, awak. Betul ke kita nak pergi bercuti ke Pulau Redang?’, tanya Irul.

    “Em, saya cakap je tadi sebab nak tolong jawab bagi pihak awak lah. Tapi kan, awak tak nak pergi honeymoon ke?”, Alya mengerdipkan mata sambil membuat muka comel.

      “Eh, mestilah…nak!”, lambat-lambat Irul membalas namun tetap tak dapat melindungi rasa terujanya.

      “Nak apa”, tanya Alya sengaja ingin menyakat Irul.

      “Nak pergi bercutilah!”

      Alya menahan tawa. ‘Nasib kau la lya dapat suami pemalu macam ni, malu tapi mahu!’




Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)