Suamiku Pemalu (Bab 5)

Oleh : Qistina Alya
Irul serba salah. ‘Macam mana nih, aku buat dia tunggu sejam, Tak mintak maaf pulak tu.. Hurm, mesej je lah’.

“OK Takpelah”. ‘Ait, itu je dibalasnya. Ni marah betul nampaknya’

“Maaf sekali lagi ye”. Irul memohon maaf lagi. Tiada balasan dari Alya. Entah kenapa perasaan bersalah semakin menebal dalam hati Irul. Ada getar halus dalam hatinya ketika memandang wajah Alya walau cuma sebentar. Langsung tidak menyangka Alya sanggup menunggunya sehingga sejam. Irul kagum dengan kesabaran Alya. Walaupun wajah Alya kelihatan masam ketika dia sampai tadi, namun Alya masih berbicara sopan padanya. Dalam diam ada niat suci yang terpasang dalam hatinya.

Irul semakin yakin dengan hatinya setelah menunaikan solat istikharah. Dia masih ada setahun pengajian di UTM Skudai. Irul terpikat dengan kesabaran dan ketenangan wajah Alya. Namun dia berjanji pada dirinya, selagi dia belum habis belajar dan punyai kerja tetap, dia tidak akan menyentuh hati mana-mana wanita yang tidak halal baginya. Hanya isterinya yang akan mendapat cintanya.

“Irul, kau ada join satu program dengan students fakulti pendidikan hari tu kan?”, tanya Faiz rakan sekelas Irul.

“Haah, kenapa?”

“Boleh tak kau contact pengarah program tu dan aturkan penemuan. Aku nak ajak diorang join kita punya kem kepimpinan untuk pelajar sekolah menengah di Pahang. Lebih tepat kalau nak cakap aku perlukan bantuan diorang la untuk sama-sama handle program ni”, terang Faiz

Irul berfikir sejenak. ‘Kalau pengarah program aku takde nombor fon, kalau nombor Alya aku adelah’,desis hatinya. “Erm, bolehlah”.

“Salam,, awak sibuk ke?”.Irul menghantar sms kepada Alya.

“Waalaikumussalam.. em, kenapa?”, balas Alya

‘Amboi garangnya minah ni’. “Macam ni. Kawan saya nak jemput awak dan ahli jawatankuasa program hari tu untuk join program kami di Pahang. Dia mintak saya aturkan pertemuan antara dia dan pengarah program. Saya takde nombor pengarah so saya tanyalah awak. Berminat tak?”

“OK.. nak jumpa dekat mana?”,tanya Alya.

“Kat Arked Meranti la ek? Esok, dalam pukul 10 pagi”. Laju Irul membalas.

“OK”

Alya dan Azreena selaku pengarah program berjalan ke Arked Meranti. Kebetulan Arked Meranti sangat dekat dengan kolej mereka, jadi mereka sering berjalan untuk membeli makanan di situ. Dari jauh sudah nampak kelibat Irul bersama temannya. Alya dan Azreena mengambil tempat.

“Kenalkan kawan saya, Faiz”, ujar Irul. Mereka berempat membincangkan tentang program tersebut. Dalam masa yang sama, Irul tak lepas memandang wajah tenang Alya. Alya yang menyedari hanya pura-pura tak nampak. Leka dia berbual dengan Faiz dan Azreena. Kadangkala Alya tersenyum melihat telatah Faiz yang suka membuat lawak.

‘Cantik!’, desis hati Irul. ‘Ingatkan dah tak pandai senyum. Sayangnya senyuman tu bukan untuk aku’. Irul baru perasan rupa-rupanya Alya mempunyai lesung pipit di pipinya. Lebih menyerlahkan kemanisan wajahnya ketika tersenyum.

*****

“Assalamualaikum, sorang je ke?”, sapa seseorang memecah lamunan bait-bait perkenalannya bersama Alya.

“Waalaikumussalam.. Haah sorang je”. Irul menyambut huluran tangan Syaf.

“Boleh aku join?”

“Silakan”

“Err, Irul. Dah lama kahwin dengan Alya?”

“Alhamdulillah, ada lah hampir dua minggu”. Masing-masing mendiamkan diri. “Boleh aku tanya sesuatu?”, tanya Irul ingin tahu.

Syaf mengangguk tanda mengiakan. “Kau ada apa-apa ke dengan Alya dulu?”, Irul mengutarakan pertanyaannya tanpa berselindung.

Syaf mengangguk. “Dia kekasih aku dulu. Aku sayangkan dia…. “

“Sekarang?”

“Masih sayangkan dia”, jawab Syaf. Irul tersentak. Mukanya merah menahan marah. Tanpa berlengah dia minta izin Syaf untuk berlalu.

Syaf tersenyum. ‘Aku baru cakap sayang dia dah tak tentu arah’. Syaf tidak berselindung. Dia memang masih sayangkan Alya dan berharap Alya akan pulang ke pangkuannya.  

*****

Sudah dua hari Irul tidak bercakap dengannya. Alya resah memikirkan perubahan Irul. Setiap kali pulang kerja Irul terus masuk ke bilik. Kadangkala Alya merasakan hanya dia seorang sahaja penghuni rumah ini.

“Irul dah makan?”, Alya memberanikan diri menegur Irul.

“Saya dah kenyang”, ujar Irul.

“Kenyang? Makan kat mana.. Jom la makan sikit, Alya masak makanan kegemaran Irul tau”.Alya menarik tangan Irul menghampiri meja makan.

Tiba-tiba Irul menepis tangan Alya. “Awak tak paham ke saya cakap saya cakap dah kenyang! Huh!”, dengus Irul lantas berlalu meninggalkan Alya yang terpinga-pinga.

‘Huwaa,, main kasar pulak laki aku nih. Sejak bila pulak dah jadi 3P nih? Pemalu, Pendiam, Pemarah!.. Sekental-kental hati aku ni pon ada perasaan lagi tau.. huhuhu,, sentap gler!’, gumam Alya sambil mengesat tubir matanya.

Alya sudah mahu pulang ke kampus. Keputusannya yang cemerlang ketika degree telah melayakkan dia meneruskan pengajian sebagai pelajar PHD tanpa mengambil master di UTM Skudai. Sehingga kini Irul masih mendiamkan diri dan tidak mahu berbual bersama Alya. Alya apa lagi, terus melancarkan mogok sejak kejadian hari itu. Alya menyalami tangan Irul. Mogok-mogok dia pun Alya masih meminta izin sebelum bertolak ke kampus. Irul menghantar Alya dengan pandangan sayu.

“Alhamdulillah, sampai juga akhirnya”. Perjalanan yang memakan masa empat jam benar-benar memenatkan Alya. Alya memilih untuk tinggal di luar UTM bersama temannya, Izah memandangkan dia sudah miliki kenderaan sendiri. Myvi biru, pemberian abahnya untuk memudahkan dia ulang-alik ke sekolah ketika Latihan Mengajar dulu.

*****

“Arghh!! Irul menjerit melepaskan tekanannya.

Daniel bergegas masuk ke bilik Irul lantas duduk di kerusi. “Beb, ko kenapa?”. Daniel bingung melihat keadaan temannya. Seperti orang tak terurus.Dengan Daniel Irul tak mampu berselindung. Dia menceritakan tentang pertemuannya dengan Syaf kepada Daniel.

“Oh, tu je masalahnya! Aku kata kau sengal nanti kau marah”, dengus Daniel. “Yang cakap masih sayang tuh si Syaf, ada si Alya cakap macam tu?”. Laju Irul menggeleng.

“Ha, tu la masalah kau. Kau dengar dari sebelah pihak je. Kau tak tanye pon Alya sama ada dia masih  sayangkan Syaf ke tak. Lagipun, tu kan kisah lalu Alya. Kenapa la kau pening-pening nak fikir”

“Ye tak ye jugak”. Irul sedikit tenang mendengar nasihat Daniel.

 “Lepas tu aku nak buat apa nih?”

“La, lagi mau tanya ka? Pergilah pujuk”

“Johor?”

“Yup!”, pantas Daniel menjawab. Irul lega. Dia membuat keputusan untuk memujuk Alya hujung minggu ni. ‘Skudai pun Skudai lah, demi isteriku yang tercinta.. Tunggu Irul ye Alya’, bisik Irul.

*****

“Oit, menung lak!.. Macam mana kahwin? Syok?”, Izah bertanya sambil menaikkan ibu jarinya.

“Em, bolehlah..”

“Macam takde mud je jawab ko neh”, rungut Izah.

“Ala, nanti kau kahwin kau tahulah”

“Masalahnya aku tak kahwin lagi”

“So kahwinla cepat-cepat!”, ujar Alya sambil tersengih-sengih.

“Eh, ada kereta la lya.. Kereta siapa ye?”. Alya lantas menjenguk keluar. “Macam ku kenal rupa kereta itu, tapi di mana ya”. “Ish, kau neh, buat lawak pula…”, bising Izah sambil menampar bahu Alya.

“Auch! Sakitlah pandai!”, jerit Alya. Bagai nak terkeluar biji mata Alya melihat sang empunya kereta itu. ‘Irul! Apa dia buat kat sini’.

“Weh, laki kau kan tu? Tercongok apa lagi, pergi lah sambut”, bebel Izah.

“Ye, ye.. nak pergi la nih. Minah nih kalau membebel, mahu pekak telinga aku dibuatnya”.

Alya keluar bertemu dengan suaminya. “Em, kenapa datang?”, Alya bertanya masih dengan nada dingin.

“Siap-siap, bawak apa yang patut. Kita tidur hotel malam ni”, arah Irul.

‘Ewah-ewah, sedapnya dia mengarah aku. Nasib baik la laki aku’, Alya membebel dalam hati.
Irul membawa Alya berjalan-jalan di Danga Bay. Mereka singgah di gerai makan. Irul memesan kerang bakar sekilo dan ais batu campur kegemaran Alya. Alya hanya merenung kerang tersebut.

“Betul ni taknak makan, sedap tau..”, usik Irul sambil menyumbat kerang ke mulutnya.

‘Gulp! Ni yang lemah ni, favourite ak tu.. Nak teruskan merajuk ke tak nih’. Akhirnya Alya mengalah juga. Perlahan-lahan dia menyuapkan kerang ke mulutnya. ‘Sedapnya…’. Irul hanya menahan tawa melihat gelagat Alya.

*****

Alya dan Irul mengambil angin malam di ruang balkoni hotel. Melihatkan Irul sedang leka merenung langit, Alya mengambil kesempatan meletakkan kepalanya di bahu Irul. Irul terkejut. Namun dia hanya membiarkan sahaja. Bahagia dengan sifat manja Alya.

“Irul, kenapa Irul macam marahkan Isha hari tu ek?”. Lambat-lambat Irul menjelaskan punca moodnya berubah.

“Irul tak yakin dengan Isha?”, tanya Alya. Irul hanya diam tidak berkutik.

“Syaf mungkin pernah tinggalkan kesan yang mendalam pada Isha. Isha pernah sayangkan, tapi sekarang tu semua masa lalu Isha. Sekarang Isha dah ada suami. Cinta seorang isteri hanya pada seorang suami, bukan orang lain.. Irul faham kan?”

Irul mengangguk. "Maafkan Irul ye?. Alya hanya mampu tersenyum.

 “Isha, jom main satu permainan”. Isha mengangkat kepalanya lalu memandang Irul. “Permainan apa?”,tanya Alya. Irul menunjukkan tujuh biji batu di tangannya.

“Batu seremban?”. ‘Dah buang tabiat apa laki aku neh. Bila masa pulak dia kutip batu-batu nih. Layankan je lah’.

“Kenapa? Isha ingat orang lelaki macam Irul tak pandai ke main batu seremban?”. Isha menjongketkan bahunya.

“Siapa kalah kena denda ok?”, Irul mencabar Alya.

“OK, deal!”

“Isha, dahla tuh.. Bagilah Irul pulak main. Isha dah 88 mata, Irul baru 24 mata. Mana aci cam ni”, rungut Irul.

“Aci kat India lah.. haha.. Apa pulak mana aci betul la Isha main.. takde tipu-tipu pon. Ala, Irul mengaku kalah je la..”. Alya menahan tawa melihat wajah cemberut Irul.

“Yela.. Irul mengaku kalah.. So, apa dendanya?”

Alya menjongketkan keningnya. “Ha, nyanyikan sebuah lagu untuk Isha.. Boleh?”

“No problem punyo! Sini..”, Irul menepuk-nepuk bahunya tanda ingin Alya meletakkan kepala di bahunya.

“Ehem.. ehem”. Irul berdehem.

‘Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yg mungkin bisa kau rindu
Karena langkah merapuh tanpa dirimu
Oh karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yg selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Oh bayangmu seakan-akan
kau seperti nyanyian dalam hatiku
yg memanggil rinduku padamu
seperti udara yg kuhela kau selalu ada’

Alya menghayati bait-bait indah lagu itu. Tanpa sedar, dia terlena di bahu Irul…….


Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)