Suamiku Pemalu (Bab 8)

Oleh : Qistina Alya
Irul berjalan-jalan di sekitar mall. Mencari-cari hadiah yang sesuai untuk isteri tersayang. Tiba-tiba matanya terpaku melihat sesuatu. “Yang ni macam ok”, gumam Irul. Selesai membeli hadiah untuk Alya, Irul berlegar-legar mencari barang untuk membuat kejutan pada Alya. “OK, lilin dah ada, bunga pun cukup.. Ha, lapik meja!”. 

“Fuyoo,, superb la Abang Irul! Cantik gila tempat ni. Pandai Abang Irul hias eh”, puji Qimi. Irul menunjukkan buku di tangannya.

“Cara-cara menjadi lelaki romantik? Mana abang dapat buku ni?”

“Angah kamu la bagi. Tak sia-sia dia bagi buku nih. Memang terperinci penjelasan dia tulis. Tambah ngan idea bernas Qimi, harap-harap berhasil la eh…”, ujar Irul dengan harapan.

“Abang Irul jangan risaulah, mesti angah suka punya!”

*****

“Qimi, kenapa tutup mata angah ni?”. Alya mula rasa berdebar-debar apabila Qimi membawanya keluar dan mengikat matanya dengan kain hitam.

“Ala angah ni, cuba duduk diam-diam. Nanti angah tahulah”. Alya terus terdiam. Qimi memasang radio. Kedengaran lagu Percaya Padaku yang dinyanyikan oleh kumpulan Ungu berkumandang di radio. Sengaja dia menguatkan radio untuk menghilangkan keresahan kakak nya.

“OK, kita dah sampai. Angah pegang tangan Qimi ek. Nanti kalau jatuh, sia-sia je rancangan Abang Irul”,pesan Qimi.

“Apa Qimi cakap tadi?”

‘Gulp! Terlepas cakap suda…’, bisik Qimi dalam hati. “Qimi cakap pegang tangan Qimi lah”, ujar Qimi. Alya memegang tangan Qimi sambil melangkah mengikut gerak kaki Qimi.

“OK kita dah sampai!”. Qimi membuka kain yang menutup mata Alya. “Have a nice day, angah!”, ucap Qimi. Qimi berlalu meninggalkan Alya keseorangan.

“Aku kat mana ni? Si Qimi ni boleh pulak tinggal aku sorang-sorang kat sini”. Alya meneruskan langkahnya mengikut arah yang ditunjukkan oleh papan tanda. Tiba-tiba dia tergamam. 
 “Subhanallah! Cantiknya”. Sungguh Alya terpukau dengan apa yang berada di hadapan matanya sekarang. Lilin memenuhi kini dan kanan nya, bagaikan mengiringi langkahnya. Kelopak-kelopak mawar merah bertaburan di atas lorong yang sedang dilaluinya. Perlahan-lahan Alya berjalan mencari penghujung kelopak-kelopak itu ditaburkan. Sekali lagi Alya terpana. Alya mencubit pipinya. “Auch! Sakit.. Maksudnya aku tak mimpi lah”, gumam Alya. Indah sekali apa yang dilihat oleh mata Alya. Bentuk love yang dibuat menggunakan kelopak-kelopak mawar merah! Tidak pernah Alya melihat pemandangan secantik ini. Alya menapak dan berdiri dalam bentuk love tersebut.

“Dah jam 12. Ini masanya….”

“Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan kamu..
Allah selamatkan Farisha Alya..
Allah selamatkan kamu….”

Kehadiran Irul bersama sebiji kek di tangannya benar-benar mengejutkan Alya. Langsung tidak terlintas di fikirannya Irul akan membuat kejutan seindah ini untuknya. Ternyata, Alya memang terkejut! Irul berjaya!.

Irul meletakkan kek di atas meja yang telah dihias indah olehnya petang tadi.“Selamat hari lahir sayang……”, bisik Irul ke telinga Alya. Alya sebak. Hampir saja air matanya menitis. Terharu dengan kejutan Irul.

“Cara-cara yang ke-21!”, serentak mereka berkata. Kedua-duanya menghamburkan tawa.

“Oh, sayang tahu eh?”, ujar Irul sambil mencubit lembut pipi Alya.

“Mestilah Isha tahu. Isha dah khatam dulu buku ni sebelum bagi kat Irul”. Masih jelas di ingatan Alya tentang cara ke-21 iaitu cara-cara untuk memberi kejutan buat insan tersayang. Alya tersenyum. Irul benar-benar menghargai pemberiannya.

Irul merenung mata Alya, cuba mempraktikkan cara kedua menjadi lelaki romantik seperti yang tertulis dalam buku tersebut. Irul meraih tangan Alya, cuba menghilangkan kegugupan yang melanda hatinya saat itu.

“Sayang suka?”, tanya Irul dengan nada romantik. Alya tersenyum. Memberi jawapan melalui renungan dan senyumannya. Irul menarik tangan Alya mengikut langkahnya. Dia menarik kerusi untuk Alya. “Silakan my princess”, pelawa Irul. Alya patuh menurut arahan Irul. Irul mengambil tempatnya berhadapan dengan Alya.

Irul mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya dan menghulurkan pada Alya. “Apa ni?”, tanya Alya ingin tahu. “Bukalah”. Alya memerhati kotak berwarna merah hati yang berada di hadapannya. Terketar-ketar tangannya membuka kotak itu. Alya terlopong memandang isi kotak. “Cantiknya”. Irul tersenyum. Dia sudah menjangkakan reaksi Alya melihatkan pemberiannya itu. Alya mengeluarkan gelang tangan dari kotak tersebut. Ralit Alya memerhatikan huruf-huruf yang tergantung pada gelang tangan emas itu. “R-U-L ♥ S-H-A”, sebut Alya. Alya bangun lantas mengucup pipi Irul. “Thanks sayang! Isha suka sangat!”. Irul terpana. Ini kali pertama Alya mencium pipinya. Irul mengambil gelang tangan lalu memakaikannya pada tangan Alya.

Mereka menghabiskan malam yang penuh dengan keindahan itu berdua. Irul sudah maju beberapa langkah. Jika dulu dia hanya menyediakan tikar ketika bercuti di Pulau Redang, kini dia mampu menyediakan ‘candle light dinner’ buat isteri tersayang. Tiada lagi rasa kekok dalam hubungan mereka. Bahkan mereka menikmati makanan yag terhidang dalam suasana yang sangat ceria. Baru Alya tahu, rupa-rupanya Irul suka bercakap, tidak seperti Irul yang dikenalinya ketika awal perkahwinan. Alya makin selesa dengan Irul.

*****

“Good morning angah! Happy Birthday ya!”, ucap Qimi lalu mengucup pipi kakaknya. Alya tersenyum.

“Terima kasih adikku sayang”, balas Alya. Walaupun Alya ada empat orang adik, namun Qimi yang paling rapat dengannya. Tapi Alya tidak pernah membezakan kasih sayang adik-adiknya. Jika dia membeli hadiah atau buah tangan untuk Qimi, dia akan membeli untuk adik-adiknya yang lain.

“Macam mana semalam? Seronok?”, tanya Qimi mengusik kakaknya.

“Pandai ye Qimi pakat dengan Abang Irul. Thanks ye! Angah hepy sangat semalam”, ujar Alya.

“Apa sahaja untuk angahku yang comel!”. Qimi mengambil telefon bimbit Alya dan membuka mesej.

Along : Selamat hari lahir! Semoga bahagia selalu ye!
Ifah: Hepy besday angah! Cepat-cepat kasi anak sedare ye!
Afif : Selamat hari lahir yg ke-25
Adik : HB angah! Semoga sihat selalu!

“Amboi, semua dah wish kat angah ek! Umi dan Abah dah wish ke?”

“Dah, pagi-pagi lagi dah kol angah”, ujar Alya. Qimi leka membaca mesej-mesej yang ada dalam inbox.

‘Beep…Beep’. Satu mesej masuk.

013532**** : Salam.. Selamat hari lahir Farisha Alya. Semoga panjang umur dan murah rezki… dan,, semoga awak masih ingat pada saya, _Syaf_

“Angah, siapa ni? Syaf?”. Qimi menunjukkan mesej tersebut pada Alya.

“Dik, delete la mesej tuh”, arah Alya. Alya menahan rasa. Tidak menyangka Syaf masih ingat hari lahirnya. Alya agak pelik memikirkan dari mana Syaf mendapat nombor dia. Selepas peristiwa dia menampar Syaf dia terus menukar nombor telefonnya dan memesan kepada kawan-kawannya agar tidak memberikan nombor itu kepada Syaf. Dia ingin melenyapkan Syaf dari ingatannya.

Qimi hanya menurut. “Angah, hari ni kita keluar jalan-jalan ek.  Hari ni kan besday angah, tak best lah kalau duk rumah je”, ajak Qimi.

“Boleh sangatlah Qimi, kita pergi Cameron hari ni ok?”, sampuk Irul. Qimi tersenyum puas.

*****

“Sayang, dengar apa tu?”, tegur Irul. Dari tadi dia perhatikan Alya seperti khusyuk mendengar sesuatu. Dia mengambil tempat di sebelah Alya. Alya hanya mendiamkan diri. Lantas dia menyumbat sebelah earphone ke telinga suaminya sementara yang sebelah lagi masih kekal di telinganya. Alya menekan butang ‘PLAY’ pada telefon bimibtnya.

‘Bismillahirrohmanirrohim.......

Ya Allah jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
jangan,jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Amin Amin Ya Robbal'alamin....’

Irul asyik mendengar bait-bait doa yang dipasangkan oleh Alya. Doa yang diiringi muzik sedih benar-benar meruntun jiwanya. Sesungguhnya Irul sangat bersyukur kerana Allah menjaga hati dan cintanya. Allah izinkan Alya menjadi isterinya dalam jalan yang penuh dengan keberkatan. Sedikitpun tidak tercela dek hawa nafsu. Allah permudahkan urusannya ketika dia menghantar rombongan merisik kepada keluarga Alya. Sehingga kini, dia masih berbahagia hidup bersama Alya, malah semakin bertambah bahagia.

Alya sebak. Setitis demi setitis air mata jatuh di pipi mulusnya. ‘Subhanallah,, Kau telah kirimkan seorang insan yang benar-benar menjaga hati dan cintanya padaku keranaMU ya Allah.. Walaupun aku pernah terleka dengan cinta seorang lelaki, kau masih memberiku peluang dengan menghantar seorang insan yang sangat baik padaku, saat aku telah menyerahkan urusan jodohku padaMu.. Terima kasih Ya Allah’, bisik Alya dalam hatinya.Irul mengesat air mata di pipi Alya. Lantas dia mencium dahi Alya. Penuh syahdu. Alya tersenyum bahagia.

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)”

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)