Suamiku Pemalu ( Bab 4)

Oleh : Qistina Alya
Cuti Alya masih bersisa seminggu. Irul pula sudah mula bekerja hari ni. Kerjaya Irul sebagai seorang jurutera di syarikat swasta tidak mengizinkannya untuk bercuti lebih lama. Alya menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri menyediakan pakaian Irul ke pejabat. Irul turun dari bilik menuju ke meja makan. Tanpa berlengah Alya menyendukkan mi goreng ke pinggan Irul. Muka Irul berkerut seperti menahan sesuatu.

“Err, kenapa Irul? Tak sedap eh?”

Irul menggeleng.. “Air..air”. Lantas Alya menghulurkan air teh. Irul meneguk dengan rakus.

“Er, Isha.. Bukannya tak sedap tapi pedas giler! Irul tak tahan pedas sikit”, adu Irul.

“Oh cakapla awal-awal, saya ingatkan tak sedap tadi. OK, lepas ni saya tak buat pedas-pedas dah ek”, ujar Alya sambil mengenyitkan mata. Irul terpana, ‘Nakal gak bini aku ni’.

“Irul balik tak tengah hari ni?”. Irul mengangguk. Alya menghulurkan fail Irul dan bersalam dengan Irul. Isteri mithali lah katakan. Irul mengucup lembut dahi Alya. Giliran Alya terkaku.

*****

“Hai, bahagia nampak! Dari pagi ko masuk pejabat sampaila sekarang asyik senyum je. Tak penat eh?”, tegur Daniel merangkap best friend Irul.

“La, senyum kan satu sedekah!”, balas Irul tak mahu mengalah.

“Memangla sedekah, tapi kalau dah sepanjang masa senyum sorang-sorang silap haribulan orang boleh kata ko gila tau!”

“Aku tak kisah dengan apa orang kata”.

“Ha, ni mesti ada apa-apa ni. Macam mana honeymoon ko?”

“Nama pun honeymoon, mestilah best! Hehe.. Aku dah sediakan sepuluh plan tau!”, ujar Irul dengan wajah bahagia.

“Plan apa? Kongsi la sikit. Mana tahu aku boleh pakai bila dah kahwin nanti”

“Plan memikat hati Farisha Alya!”. Daniel tercengang. ‘Sah, membe aku ni dah kemaruk kat ko lya. Untunglah…..’

*****

Alya menanti seseorang. “Dah 15 minit nih, mana la mamat ni. Dahla penat baru habis kelas, tercongok aku tunggu dia kat sini. Ikutkan hati ak blah jer, menyusahkan orang betul. Nasib la ada urusan penting”. Sejam berlalu. Alya mendail nombor seseorang.

“Hello, awak kat mana ni?”, marah Alya.

“Kejap lagi saya sampai”.

Tak lama selepas itu orang yang ditunggu pon sampai. Selesai menandatangani surat tersebut insan tu berlalu meninggalkan Alya. “Terima kasih!”, jerit Alya. ‘Hish, nak mintak tandatangan pun kena tunggu sejam. Lepas nih tak kuasa aku nak berurusan dengan dia! Dahla tak mintak maaf langsung! Ggrr…’, rungut Alya dengan nada kesal. Alya berjalan pulang ke kolej. ‘Nasib baik kolej dekat’. Sesampai Alya di kolej dia terus menunaikan solat fardhu asar dan merehatkan diri.

‘Beep..Beep’. ‘Siapa pulak kacau aku nih’.

“Salam.. Maaflah terlambat. Saya tertidur tadi.. Maaf sangat-sangat ye!”. “Oh, pakcik nih rupanya, tahu pun takut, pandai pun mintak maaf”. Alya tersenyum. Berkira-kira hendak membalas atau tidak mesej itu. ‘Balas je lah, abis cerita’, bisik hati Alya.

“OK, takpelah”.

Alya tersenyum mengingatkan pertemuan pertamanya dengan Irul. Mungkin tak seindah pasangan bercinta. Memanglah, tak bercinta pun!. Hehe. Tapi bagi Alya cukup membuatkan kenangan pertemuan itu terpahat kukuh dalam ingatannya.  

“Isha, menung apa tuh. Teringatkan boyfriend eh?”, sapa Irul meleraikan lamunannya.

“Haah, teringat pakwe”. Irul sudah tak senang duduk. ‘Tu la ko, tanye lagi soalan cepumas, kan diri sendiri dah cemas’. Ewah, macam pantun dua kerat pulak.

“Err, siapa pakwe awak tu?”, Irul bersuara ingin tahu

“Sahirul Hakimi”, Alya menjawab tenang. Irul tersenyum puas. ‘Cis, ingatkan siapa la tadi!’

“Isha, jum makan! Irul dah masakkan lauk kesukaan Isha”, ujar Irul. Sejak pagi tadi Irul tak membenarkan Alya buat sebarang kerja. Memasak pun Irul tak benarkan. Katanya biar dia yang menguruskan kerja rumah hari ni. Alya tidak membantah, bahkan dia rasa senang hati kerana Irul ringan tulang untuk melakukan kerja rumah. Tidak seperti suami-suami di luar sana, hanya menyerahkan segala urusan rumah kepada isteri.

Alya termenung. ‘Kenapa dengan Irul ek? Tiba-tiba je rajin. Ada dalam buku yang dia bagi tu kot salah satu cara menjadi romantik adalah dengan menolong isteri di rumah.. Hehe,, bagus! Dia menggunakan pemberian aku dengan sebaiknya…’.Alya tersenyum geli hati.
“Helloo.. Isha.. Isha,,,,”, panggil Irul. ‘Mengelamun pulak dia’.
Isha tersedar. “Eh, a….wak ca..ca..kap apa tadi?”, tergagap-gagap Alya bertanya.

“Saya tanya sedap tak?”

“Eh sedap. Saya suka. Irul pun makanlah”. Alya menyendukkan lauk gulai udang dan meletakkannya dalam pinggan Irul.

‘Yes, plan kedua sukses! Terima kasih wahai buku!’

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)