Suamiku Pemalu ( Bab 2 )

Oleh : Qistina Alya
Akhirnya sampai juga kat Pulau Redang ni. Alya menggeliat membetulkan urat sendinya. Usai mandi dan solat Irul terus membaringkan badannya ke atas tilam empuk di bilik hotel. ‘Penat sangtla tu’. Perjalanan yang mengambil masa selama satu jam menaiki bot dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu dirasakan seperti berjam-jam. Irul berkeras hendak memandu sehingga ke Kuala Terengganu tanpa mengizinkan Alya mengambil tempatnya untuk memandu. Alya hanya membiarkan Irul melepaskan penatnya. Alya menutup lampu dan membaringkan tubuhnya di sebelah Irul.

Irul menanti Alya bersiap. Alya menyarungkan t-shirt lengan panjang berwarna biru dipadankan tudung ekspres biru laut. ‘Hurm,simple!’, bisik Alya sambil tersenyum melihat penampilannya di cermin. “Jom wak!”, Alya mengajak Irul turun. Hari ni mereka akan menyewa bot untuk melawat pulau-pulau kecil yang berhampiran dengan Pulau Redang. Irul sudah bersiap-sedia dengan kameranya. 

Alya terpegun melihat keindahan pulau-pulau di sini. Dengan air lautnya yang jernih, pasir-pasir yang memutih, cukup memberi ketenangan kepada sesiapa yang bercuti di sini. Alya leka memerhati burung-burung dan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di pulau tersebut. Irul mengambil peluang mengambil gambar Alya. ‘Comel’, desis hati Irul. Alya perasan suaminya sedang mengambil gambar, namun dia hanya buat-buat tidak perasan.

******

Alya mengeluarkan bungkusan dari begnya. Sengaja dia bawa bersama percutian ini. Dia ingin lihat sejauh mana suaminya akan menggunakan pemberian itu sepanjang mereka bercuti.
“Awak, saya ada hadiah untuk awak”, ujar Alya sambil menghulurkan satu bungkusan kepada Irul.

“Bukalah”. Irul membuka pembalut hadiah tersebut dengan cermat.

‘Cara-cara menjadi lelaki romantik. Erk, bini ak nih perli aku ke?’,gumam Irul. Dia tersenyum kepada isterinya. “Terima kasih awak”. 

Alya hanya menahan tawa dan berlalu ke bilik air untuk membersihkan diri. Alya sengaja menghadiahkan buku tu supaya Irul belajar bagaimana menjadi suami yang romantik. Langsung tidak berniat memerli Irul. Mujurlah Irul seakan-akan mengerti maksud pemberiannya. Sambil menunggu isterinya selesai mandi Irul membelek-belek hadiah pemberian pertama dari isterinya.

Cara-cara menjadi romantik :

Pertama : peka dengan tarikh-tarikh penting seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan. Jangan lupa sediakan kejutan buat isteri anda!. Anda boleh menghadiahkan sesuatu yang sangat disukai oleh isteri anda.

“Er, apa yang Alya suka ye.. Ish teruk betul aku nih, tu pun tak tahu. Aku kena selidik ni”, bebel Irul

Kedua : Pandang ke anak mata isteri anda ketika sedang bercakap. Supaya dia dapat merasai keikhlasan anda ketika menuturkan sesuatu. Boleh dipraktikkan ketika anda ingin meluahkan sesuatu.

“Alahai, ini yang lemah ni. Aku nak tenung dia pun malu. Padahal teringin sangat nak tenung mata coklat Alya”. Irul tersenyum. Irul merenung isterinya yang baru keluar dari bilik mandi. Alya menjongketkan keningnya. ‘Dah kenapa laki aku ni? Tak kan dah mula praktikkan apa yang ada dalam buku kot. Hahahahah’. Alya menahan tawanya dari terhambur. Irul yang seperti tersedar dari lamunannya lantas mencapai kain tuala menuju ke bilik air.

********

Hari ini hari ketiga mereka bercuti di Pulau Redang. Cadangnya mereka hanya ingin berjalan di pantai. Menikmati keindahan pantai. Alya sangat sukakan pantai. Namun untuk melibatkan diri dengan sebarang aktiviti dalam air sangatlah tak disukai Alya. Alya takut sebenarnya dek kerana pernah lemas di sungai semasa kecil. Itupun sebab dia degil ingin ke sungai walaupun uminya telah melarang. Berbeza dengan Irul. Hobi utama Irul adalah berenang dan jika ada masa terluang dia akan menghabiskan masanya dengan aktiviti snorkeling.

“Awak, jom la kita pergi snorkeling”, Irul memberanikan diri mengajak isterinya. Wah, ini sudah permulaan yang bagus.

 Laju Alya menggeleng. “Tak nak la, awak pergilah.. Saya nak jalan-jalan kat sini je”.

“Awak takut eh?”, Irul menyakat isterinya.

‘Eh si Irul nih, pandai pulak dia menyakat orang’. “Eh mana ada, saya cuma tak nak membasahkan diri je.. hehe, awak pergilah”, Alya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Kena la ‘cover’ sikit. Mana boleh nampakkan kelemahan depan Irul. Huhu..

“OK.. Awak jangan merayau jauh-jauh ye”, pesan Irul. Hatinya sedikit kecewa kerana Alya menolak pelawaannya.

Alya berjalan sendirian. Tenang rasanya dapat melihat keindahan pulau yang terbentang luas di hadapannya. Alya mendepangkan tangan, cuba merasakan angin pulau yang bertiup lembut. Tudungnya beralun lembut mengikut arah tiupan angin.

******

‘Alya!’, detik hati Syaf. Syaf menggosok-gosokkan matanya. “Betul ke apa aku nampak ni?”. Syaf terpegun. Sudah tiga tahun dia tidak bertemu dengan Alya, insan yang bertakhta di hatinya. Namun dek kerana ketamakannya, Alya menjadi mangsa cintanya.Sejak itu rindunya pada Alya membuak-buak. Segunung rasa bersalah menghempap bahunya.

“Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi,
Selamat hari jadi Syaf,
Selamat hari jadi…..”

Syaf meniup lilin kek hari jadinya. Langsung tidak menyangka Alya akan menyediakan sambutan hari jadi untuknya.

“Selamat hari jadi Syaf, semoga hubungan kita berkekalan sampai bila-bila.. Alya sayang Syaf”, ucap Alya sambil menyuapkan kek ke mulut Syaf.

“Auch!”, Syaf terjerit kecil. Serta-merta lamunannya terhenti. Patutlah kakinya rasa sakit, terpijak kulit siput rupanya. Mata Syaf melilau mencari kelibat Alya namun insan yang dicari sudah tidak kelihatan. ‘Hurm, mungkin aku tersilap orang kot.

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)