Suamiku Pemalu ( Bab 3)

Oleh : Qistina Alya 
“Awak, tunggu kat sini jap ye. Saya nak pergi toilet jap”, pesan Irul.

“OK”. Seronok rasanya dapat menikmati makanan kegemarannya. Ikan bakar cecah air asam, sambal sotong dan ulam raja. Alya tersandar kekenyangan. Ternyata Irul dan Alya berkongsi kegemaran yang sama.  Alya tersenyum nipis. Hari ni mereka tidak bercadang untuk ke mana-mana memandangkan esok mereka sudah mahu pulang ke rumah. Irul akan mula bekerja lusa. Jadi mereka membuat keputusan untuk berehat dan berjalan-jalan di tepi pantai sahaja.

“Farisha Alya kan?”,tanya satu suara. Alya tersentak. Dia kenal suara tu. Suara insan yang pernah bertakhta dalam hatinya, dan suara itu jugalah yang telah meninggalkan luka yang paling dalam hidupnya. Teragak-agak Alya berpaling ke arah suara tersebut.

“Er.. Syaf. Buat apa kat sini?”

“Syaf ada kerja sikit kat sini. Alya sihat?” Syaf merenung Alya. ‘Makin cantik Alya sekarang’,desis hati Syaf.

Alya mengangguk. Sungguh dia sangat tidak selesa dengan kehadiran Syaf. Kehadiran Syaf mengingatkan semula segala kenangan yang Alya telah buang jauh sejak tiga tahun lalu.

“Isha, siapa ni?”, tanya Irul. ‘Erk, Isha?, tak pernah-pernah orang panggil aku dengan nama tu. Tak apelah, special sikit’. Kehadiran Irul serba sedikit menenangkan hatinya.

Alya memaut lengan Irul. “ Abang, ni kawan lama Isha, Syaf..”. “Kenalkan Syaf, suami aku”.

Syaf terdiam. Terkejut dengan pengkhabaran itu dan panggilan ‘aku’ daripada Alya. Syaf bersalaman dengan Irul. Irul hanya tersenyum. “Eh, saya pergi dulu lah. Dah lambat ni. Ada janji dengan orang”,pamit Syaf.

‘Janji? Dengan siapa?..Ah!Bukan ada kena mengena dengan aku pun’, gumam Alya.

“Awak ok tak ni”, Irul bertanya prihatin. “OK, saya naik dulu ek”. Alya berlalu meninggalkan Irul. Entah kenapa Irul merasakan ada sesuatu yang pelik di antara Syaf dan Alya. Mata Alya seperti menggambarkan kesedihan. Irul sedar Alya menahan tangis di hadapannya.

****

Akhirnya manik-manik halus gugur juga di pipinya. Alya tidak dapat menahan sebak. Segala kenangan bersama Syaf bagaikan berputar dalam mindanya.

Alya dan Ika berjalan-jalan mencuci mata di Mid Valley. “Eh lya, tu bukan Syaf ke?”. Alya mengalihkan pandangan ke arah yang ditunjukkan oleh Ika. Lantas dia mengeluarkan fon lalu mendail nombor Syaf.

“Hello, Syaf kat mana ni?”

“Syaf kat kolej la sayang, kenapa?”

‘Kau penipu Syaf!’. Terang-terangan Alya melihat Syaf menjawab panggilannya. Di sisi Syaf kelihatan seorang perempuan yang tampak cantik di mata Alya. Sakit mata Alya melihat kemesraan mereka. Alya berjalan menghampiri Syaf tanpa mematikan panggilan.

“Hello,, heloo”,panggil Syaf.

PANG!!!! Syaf tergamam. Perit rasa pipinya ditampar Alya. Tanpa menunggu penjelasan Syaf, Alya terus berlalu. Takkan dibiarkan Syaf melihat air matanya. Cukuplah Syaf mempermainkan hatinya.

****

“Awak,, nak share apa-apa dengan saya ke?”, tanya Irul lembut. Alya terus menyembamkan mukanya di dada Irul, menghamburkan segala tangisannya. Teragak-agak Irul menggosok belakang Alya, cuba menenangkannya.

“Menangislah kalau itu yang mampu buatkan awak tenang”, bisik Irul. Irul menahan sebak. Sakit hatinya melihat tangisan Alya. Irul semakin yakin, Syaf berkait dengan masa lalu Alya. Dalam diam Irul memasang tekad dalam hatinya. ‘Irul akan hapuskan air mata Alya, Irul janji’.

Alya tersedar dari tidurnya. Ingatannya kembali kepada kejadian tadi. Dia menangis semahunya di bahu Irul. ‘Mana Irul ni’. “Awak….Awak…Mana ni”,jerit Alya. Tiba-tiba dia terpandangkan sesuatu di atas meja. ‘Bear?’. Alya memeluk bear pemberian Irul. Perlahan-lahan Alya membuka bungkusan love yang diletakkan bersama bear. “Wah, cantik gila gaun nih! Bila masa mamat nih beli untuk aku..”,fikir Alya. Dia terpandangkan kad yang terselit pada bungkusan itu.

Buat Farisha Alya,
Awak…
Ketawa awak, gurauan awak, nakal awak, wajah comel awak sentiasa membuatkan orang di sekeliling awak bahagia. So,jangan nangis-nangis lagi k!!.. Saya tunggu awak kat tepi pantai.. Pakai dress tu tau!
Love you…
_Irul_

Alya tersenyum senang. Dia berlalu ke bilik air dan membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah. Usai solat maghrib Alya menyarungkan dress labuh pemberian Irul berwarna pink lembut. “Nak padankan ngan selendang warna apa ye”,gumam Alya. Lantas dia mengambil selendang putih dan melilitkan di kepalanya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya Alya lantas turun. Perutnya sudah berbunyi minta diisi.

Dari jauh sudah kelihatan nyalaan unggun api di tepi pantai. Alya menghampiri Irul. Nampaknya semua Irul dah sediakan. Set makan malam sudah terhidang di atas tikar. Alya menahan tawa. ‘Kelakar lah laki aku ni, ingatkan buat candle light dinner siap pesan pakai dress dia bagi. Tapi takpelah, lain dari yang lain.. Menarik!’, bisik Alya. Irul yang baru perasankan Alya terus mencapai tangan Alya dan mengajaknya duduk.

Masing-masing diam membisu menikmati makanan yang tersedia.

“Er,, awak.. Terima kasih ye bear ngan dress tuh”, ujar Alya memecahkan kesunyian.

“Sama-sama, awak suka?”,tanya Irul. Cantik Alya malam ni. Irul berpuas hati dengan pilihannya. Ternyata dress yang dibeli betul-betul padan dengan saiz tubuh Alya.

“Em, bolehla”. Alya menyembunyikan senyumannya.

Mereka manghabiskan masa bersama menatap dan mengira bintang di dada langit sambil bertukar-tukar cerita. Cerita zaman kecil sehinggalah mereka berkahwin.

“Alya, nak tahu tak? Saya tak pernah jumpa perempuan sesempoi awak tau. Awak jenis yang simple, nakal pon ye dan yang penting awak terima saya seadanya walaupun awak tahu saya bukan jenis romantik macam lelaki kat luar sana”.

“Macam mana nak jumpa. Awak tak bergaul dengan perempuan pon”

“Betul gak ye.. Hehehe”. Irul menggaru-garu kepalanya.
  
“Saya akan terima segala kelebihan dan kekurangan awak selagi awak masih suami saya, sebab……..”. Alya merenung suaminya. Irul menjongketkan kening tanda ingin Alya meneruskan ayatnya. “………sebab saya yakin Allah kirim awak sebagai orang yang terbaik untuk bahagiakan saya, di saat saya berhenti mencari cinta lelaki, di saat saya serahkan urusan jodoh sy pada Dia”, ujar Alya sambil tersenyum. 

Irul tersenyum bahagia. ‘Alhamdulillah ya allah, plan pertama berjaya!’. "Boleh saya panggil awak Isha?". Alya mengangguk. Irul yakin Allah akan membuka jalannya untuk berada di sisi Alya hingga ke akhir hayatnya.

Terima Kasih Daun Keladi,Harap Baca Lagi :)